top of page

Perihal Unit Praktikum

Unit Praktikum IPG Kampus Darulaman merupakan sebuah unit pengurusan yang diwujudkan untuk merealisasikan misi IPGM sebagai sebuah institusi pendidikan bagi melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia. Sehubungan dengan itu, Pelan Strategi Transformasi IPG melalui Transformasi IPG telah dilaksanakan bagi mencapai hasrat ini. Melalui pemantapan dan pengembangan kualiti kurikulum, pemantapan amalan profesianal telah dilaksanakan bagi meningkatkan kemahiran latihan guru di setiap IPG kampus. Justeru, Unit Praktikum akan menjalankan tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran yang berkaitan latihan guru berpandukan kepada Amalan Profesional yang merangkumi komponen utama, iaitu Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), Praktikum dan Internship. Melalui Amalan Profesional, tugas Unit Praktikum adalah meliputi urusan pelantikan, penempatan, penyeliaan, pemantauan dan penyelarasan Amalan Profesional. Di samping itu, Unit Praktikum juga menjadi perhubung permuafakatan dengan jabatan-jabatan lain di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, iaitu Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, dan sekolah.
bottom of page